Mind87′s Blog
Just another WordPress.com weblog

Jun
01

Berapa ramaikah kita diruang ini yang mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi?Saban hari kita melihat pelbagai masalah dan isu yang melanda dalam negara kita ini.Antara isu yang mungkin boleh dibincangkan adalah mengenai semangat kenegaraan di kalangan kita rakyat Malaysia.Malaysia sekarang sudah merdeka selama 53 tahun tetapi dilihat dewasa ini kita melihatkan penerapan nilai semangat kebangsaan makin kurang di hati rakyat Malaysia.Saya sangat kagum melihat jiwa kenegaraan yang berlaku di Indonesia , Singapura , Korea Selatan dan lain2.Mereka sangat cintakan tanah air mereka.Seburuk atau seteruk mane negara mereka itu , mereka tetap bangga dengan hasil pencapaian negara mereka.Seharusnya rakyat harus bersyukur dan merasa bangga akan nikmat yang kita kecapi selama kita mengalami pasca merdeka sejak 1957.Seharusnya pihak pemerintah dan rakyat harus bersatu dan memberi buah fikiran yang bernas untuk sama2 kita bangunkan negara MALAYSIA tercinta ini.Marilah kita zahirkan rase cinta dan taat setia kita pada negara dengan menyumbang tenaga dan pemikiran kita untuk pembangunan Malaysia yang akan2 datang.Semoga MALAYSIA terus diberkati dan menjadi negara makmur dan maju di masa2 hadapan.Kita seharusnya mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi dalam mengharungi dan menempuhi perjalanan liku yang akan mendatang disamping tidak mengenepikan nilai2 agama dan budaya timur kita.SEMOGA MALAYSIA MAJU DAN MAKMUR.Amin……

Jun
01

Nama : Yahudi Laknatullah
Keturunan : Salah satu Puak dari Bani Israel
Bilangan : sekitar 13 juta
Negara : merampas Palestin dan wujud negara Haram Israel
Agama : Yahudi
Pegangan Kitab : Torah / Talmud
Orang yang mereka Benci : Orang Islam dan Arab / Goyim
Bahasa : Ibrani
Motto : Matlamat MengHalalkan Cara
Ideologi Politik Israel : Zionis
Kumpulan Pengganas : Lehi Israel,Haganah,Kahane Chai,Irgun
Matlamat Utama : menghancurkan Islam dan orang Arab
Negara Impian Israel : Dari Semanjung Furat,Iraq hingga Sungai Nil di Mesir

Jun
01

setelah sekian lama saya menyepi dalam penulisan blog saya…maka hari ini saya tampil ingin berkongsi dengan saudara2 sekalian mengenai kezaliman dan kebaculan orang2 yahudi.Baru – baru kita digemparkan dengan serangan komando keatas kapal mavi marmara yang bertolak dari Turki menuju ke Gaza untuk misi kemanusiaan.Tetapi dengan tidak semena2 komanda yahudi laknatullah telah melakukan pencabulan dan penghinaan dengan menyerang kapal tersebut.Ini suatu perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali..Ia suatu pencabulan hak asasi dan undang2 dunia..tetapi sememangnya Yahudi Laknat dijangka mesti melakukan pekara keji sebegini seperti rutin2 harian mereka menganyang orang2 Palestin.Seharusnya sudah tiba masanya Amerika dan konco2nya berhenti dari menlindungi dan memberi ” muka ” kepada Israel kerana kejahatan dan kezaliman mereka tidak dapat dibendung..Sampai bila kita hendak takot dan tidak berani melawan yahudi..Inilah masanya negara2 bersatu dan menganyang balik Israel seperti mana pencabulan mereka sebelum2 ini….

Apr
01

Sudah hampir 4 bulan saya tidak menekan papan ‘ keyboard’ untuk menulis blog peribadi saya ini.Ini kerana saya sedang sibuk dalam urusan pengajian saya diperingkat ijazah.saya cuba untuk menulis mengenai topik2 yang difikirkan boleh dikongsi bersama.Dalam hal yang sama,saya juga sudah menuju hampir penghujung pengajian saya di semester 1.Banyak saya pelajari mengenai kursus yang saya ambil.Pelbagai pelajaran yang saya peroleh dari pensyarah2 saya yang dedikasi.Saya ingin mencelah sedikit dengan topik lain.Ini berkaitan peralihan kuasa diantara DSAAB dan DSMNTAB yang dijangka pada 2 April ini.Apa yang saya boleh perkatakan adalah diharap selepas peralihan kuasa ini selesai,moga2 kita semua dapat melupakan sedikit persengketaan diantara kita dan menumpukan dalam memulihkan ekonomi kita yang sekarang berhadapan dengan krisis global.Saban hari,kita mendengar pihak syarikat ingin memberhentikan pekerja dan menghadkan operasi mereka.Jadi,diharapkan kita sama2 dapat memikirkan bagaimana kita dapat menolong pekerja2 yang mengalami situasi ini.Ini pengalaman amat sukar bagi mereka dalam menghadapi dunia global tanpa sempadan dengan taraf kehidupan yang begitu mendesak terutama dibandar2 besar.Kita perlukan ade mekanisme tambahan dalam memberi bantuan kepada mereka yang diberhentikan kerja.Kerana itulah pendapatan mereka untuk mereka meneruskan kelangsungan untuk hidup di muka bumi…sama2 kita renungankan…=)

Dis
24

Semalam ,saya telah melayari halaman youtube,kebiasaannya saya akan mencari video ceramah untuk ditatapi tetapi semalam kebetulan dalam ruangan itu terdapat satu perdebatan isu yang disiarkan didalam stesen televisyen di Indonesia.Ia berkaitan dengan penularan ajaran sesat golongan Ahamdiyah di dalam kelompok masyarakat republik tersebut.Saya amat tertarik sekali dengan perdebatan itu kerana di Pihak Islam Sunnah itu sedaya upaya mempertahankan ajaran Rasul yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang telah dinodai oleh penganut ajaran  Ahmadiyah yang bertaklik kepada Mirza Ghulam Ahmad.Kalau di Malaysia,Majlis Fatwa Kebangsaan telah mewartakan bahawa golongan Ahmadiyah atau disini lebih dikenali sebagai Qadiani sebagai ajaran sesat yang telah banyak merosakkan akidah umat islam seantero dunia.Begitu bahaya sekali ajaran sesat yang bertopengkan agama Islam.Islam sebenarnya menghadapi musuh yang paling bahaya yakni dari segelintir umatnya telah menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.Kalau diteliti ajaran Ahamadiyah ini sebenarnya memang terlalu banyak penyimpangannya terhadap ajaran Islam yang sebenar.Malah di Malaysia ,sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran Ahamdiyah@Qadiani ini tidak layak untuk dikuburkan didalam pekuburan orang- orang Islam.Di Malaysia berbagai2 ajaran sesar kita dengar selain Ahmadiyah iaitu Bahai,Al-Arqam,Al Maunah,Ajaran Hassan Anak Rimau dll.sebenarnya golongan inilah yang mahu merosakkan Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah .Saya teringat hadis Nabi S.A.W  bersabda bahawa Umat Islam akan terpecah kepada 73 Golongan dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga,ditanya para sahabat ” Siapakah Golongan itu “?Nabi bersabda ” Golongan yang mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah “.Jadi bagi kita di Malaysia ini seharusnya umat Islam berhati -hati dalam setiap apa yang dinyatakan oleh orang lain kerana soal akidah ini bersangkutan dengan ketuhanan Allah s.w.t.Maka marilah bersama-sama kita berdoa agar dilindungi dan diberi petunjuk supaya tidak menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.Ajaran sesat yang bertopengkan Islam ini sebenarnya menganggu gugat keharmonian dan kerukunan yang ada didalam Islam.Mereka mahukan pengaruh tetapi menggunakan agama sebagai alatnya.

p/s: url mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa terhadap ajaran Ahamdiyah ini.

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/qardiani.html

Dis
23

Sebut sahaja Pekan..semua orang tahu ia merupakan salah satu daerah yang terdapat didalam negeri Pahang.Pekan mendapat jolokan ” Bandar Diraja “ kerana disinilah DYMM Sultan Pahang bersemayam memerintah Kerajaan Pahang Darul Makmur.Kali ini saya cuba rungkaikan mengenai keunikan yang ada didalam daerah diraja ini.Saya tertarik dengan konsep yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Negeri Pahang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang yang menengahkan Pekan dengan konsep 3K iaitu Kesultanan,Keislaman,Kemelayuan.Ini amat bertepatan dan sangat sesuai dengan daerah ini.Banyak kawasan pelancongan yang boleh kita lawati didaerah ini seperti Persekitaran Istana Abu Bakar,Muzium Sultan Abu Bakar,Muzium Perahu,Taman Tasik Abu Bakar.Tasik Chini juga menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai dan merupakan produk pelancongan negeri pahang.Tidak lupa juga daerah ini melahirkan tokoh2 yang bukan hanya terkenal dalam negeri Pahang malah peringkat negara seperti Allahyarham Tun Abdul Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia kedua yang merupakan anak kelahiran Pulau Keladi,Pekan.Disini juga terdapat Rumah Lahir Tun Abdul Razak dan Memorial Beliau.Berdekatan dengan Rumah kelahiran Tun Abdul Razak terdapat Kompleks Budaya Pulau Keladi.Disini terdapat suatu Khazanah yang tinggi nilainya iaitu Tenun Pahang Diraja.Tenun merupakan suatu busana warisan negeri Pahang yang dipakai dari dahulu kalau hingga ke hari ini.Tenun ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh Tok Keraing Aji yang berasal dari Mengkasar,Bugis.Juga dikatakan didalam daerah Pekan juga merupakan tapak awal penerimaan agama Islam dalam negeri Pahang.Sesungguhnya daerah Pekan merupakan bandar warisan budaya dan busana Melayu Pahang yang perlu dipertahankan.Akhir kata marilah bertandang ke daerah Pekan.

Moh le Pekan weh !

Istana Abu Bakar

Dis
23

Hampir 6 bulan saya ” retired ” dari bergelar seorang pelajar , maka tiba saatnya saya menyambung pengajian saya pada tahun hadapan dalam peringkat ijazah sarjana muda.Memikul tanggungjawab seorang pelajar bukanlah begitu mudah,lebih2 lagi diperingkat IPTA/IPTS.tetapi itulah cabaran bagi seorang pelajar bagi mendapat segulung ijazah atau diploma.mereka sentiasa bergelumang dengan bermacam2  kerja,latihan,dan projek2.Pasaran kerja sekarang berkehendakan pelajar yang bukan sahaja bijak dalam akademik tetapi sahsiah yang baik.apa guna kalau akademik begitu bagus tetapi modal insannya ditahap kelas ke-3.Pelajar sekarang perlu bersaing sesama sendiri kerana sudah ramai orang bijak pandai di Malaysia.kita perlulah melengkapkan diri kita dengan segala aspek supaya kita ini laku apabila ” dijual ” kelak.Graduan2 perlu bijak menjual diri ketika memohon atau meminta kerja kerana pihak syarikat mahu melihat keyakinan kita dalam berhadapan dengan orang ramai dan tidak hanya bagus disijil sahaja.Saya juga tidak terkecuali dalam peperangan ini nanti apabila sudah mendapat segulung ijazah.InsyaAllah.

p/s: harap ekonomi pulih kembali selepas saya tamat belajar nanti…….=)

” Belajarlah selagi diberi peluang untuk belajar”

Dis
23

Pejam celik..pejam celik..kita sekarang sudah menghampiri untuk kita melabuh tirai dairi 2008.2008 merupakan tahun yang paling getir dan mencabar bagi semua umat manusia diseluruh dunia.Keadaan ekonomi sekarang sudah menghimpit dan hampir membunuh kualiti kehidupan manusia.tetapi manusia perlu meneruskan kelangsungan untuk hidup.maka setiap kerajaan yang ada diseluruh dunia mempersiapkan pelan ekonomi masing2 dalam menghadapi ekonomi yang tidak menentu pada tahun hadapan.Kerajaan Malaysia juga tidak terkecuali dalam mempersiapkan satu pelan ekonomi bagi merangsang fiskal ekonomi itu sendiri supaya kelangsungan hidup rakyat malaysia tidak terlalu terjejas.dengan penurunan harga petrol sedikit sebanyak dapat melegakan keresahan dikalangan rakyat.tetapi pekara yang masih menjadi kerungsingan rakyat adalah harga barang yang masih lagi tinggi dan tidak pula turun sama seperti harga petrol.seharusnya kerajaan dapat memantau peniaga2 yang cuba mengaut keuntungan yang lebih dikala ekonomi sekarang tidak menentu.Alhamdulillah negara ini masih lagi dalam persekitaran ekonomi yang baik berbanding negara2 lain yang menghadapi suasana yang tidak begitu baik dan terurus.Bank2 di Malaysia masih mampu lagi memberi pinjaman kewangan kepada mereka2 yang layak tetapi tidak dinegara lain.Contohnya di Britain,Pihak bank tidak lagi memberi pinjaman kepada peminjam kerana ekonomi yang tidak begitu baik disana dan mereka yang memerlukan wang terpaksa menggadaikan harta yang berharga dan mencagarkan di kedai2 pajak bagi meneruskan kelangsungan hidup.sepatutnya kita di Malaysia haruslah mempunyai sifat bersyukur kerana keadaan disini tidak lagi memaksa kita berbuat demikian.Kita dianugerahkan negara yang aman damai..tidak perlulah kita mengadakan perhimpunan atau demostrasi jalanan bagi meraih simpati.Ambil iktibar apa yang terjadi di negara gajah putih..keadaan politik yang sungguh tidak stabil hanya akan menjerumuskan kita ke kancah lebih dahysat dari kebuluran….renung2 kan lah…Kalau sayangi negara anda..jangan anda melakukan pekara yang bodoh dan tidak sepatutnya…

Dis
23

Alhamdulillah,pada 23.12.2008..maka lahirlah satu blog untuk saya memberi buah fikiran…pandangan…teguran..atau kritis terhadap sesuatu isu..semoga saya dapat menggunakan platform ni dalam memberi sedikit sumbangan terhadap pembangunan negara walaupun tidak secara langsung….

tinta dari ,
Mind87

Dis
23

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.