Bandar Diraja
Sebut sahaja Pekan..semua orang tahu ia merupakan salah satu daerah yang terdapat didalam negeri Pahang.Pekan mendapat jolokan ” Bandar Diraja “ kerana disinilah DYMM Sultan Pahang bersemayam memerintah Kerajaan Pahang Darul Makmur.Kali ini saya cuba rungkaikan mengenai keunikan yang ada didalam daerah diraja ini.Saya tertarik dengan konsep yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Negeri Pahang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang yang menengahkan Pekan dengan konsep 3K iaitu Kesultanan,Keislaman,Kemelayuan.Ini amat bertepatan dan sangat sesuai dengan daerah ini.Banyak kawasan pelancongan yang boleh kita lawati didaerah ini seperti Persekitaran Istana Abu Bakar,Muzium Sultan Abu Bakar,Muzium Perahu,Taman Tasik Abu Bakar.Tasik Chini juga menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai dan merupakan produk pelancongan negeri pahang.Tidak lupa juga daerah ini melahirkan tokoh2 yang bukan hanya terkenal dalam negeri Pahang malah peringkat negara seperti Allahyarham Tun Abdul Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia kedua yang merupakan anak kelahiran Pulau Keladi,Pekan.Disini juga terdapat Rumah Lahir Tun Abdul Razak dan Memorial Beliau.Berdekatan dengan Rumah kelahiran Tun Abdul Razak terdapat Kompleks Budaya Pulau Keladi.Disini terdapat suatu Khazanah yang tinggi nilainya iaitu Tenun Pahang Diraja.Tenun merupakan suatu busana warisan negeri Pahang yang dipakai dari dahulu kalau hingga ke hari ini.Tenun ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh Tok Keraing Aji yang berasal dari Mengkasar,Bugis.Juga dikatakan didalam daerah Pekan juga merupakan tapak awal penerimaan agama Islam dalam negeri Pahang.Sesungguhnya daerah Pekan merupakan bandar warisan budaya dan busana Melayu Pahang yang perlu dipertahankan.Akhir kata marilah bertandang ke daerah Pekan.
Moh le Pekan weh !
