Penghujung
Pejam celik..pejam celik..kita sekarang sudah menghampiri untuk kita melabuh tirai dairi 2008.2008 merupakan tahun yang paling getir dan mencabar bagi semua umat manusia diseluruh dunia.Keadaan ekonomi sekarang sudah menghimpit dan hampir membunuh kualiti kehidupan manusia.tetapi manusia perlu meneruskan kelangsungan untuk hidup.maka setiap kerajaan yang ada diseluruh dunia mempersiapkan pelan ekonomi masing2 dalam menghadapi ekonomi yang tidak menentu pada tahun hadapan.Kerajaan Malaysia juga tidak terkecuali dalam mempersiapkan satu pelan ekonomi bagi merangsang fiskal ekonomi itu sendiri supaya kelangsungan hidup rakyat malaysia tidak terlalu terjejas.dengan penurunan harga petrol sedikit sebanyak dapat melegakan keresahan dikalangan rakyat.tetapi pekara yang masih menjadi kerungsingan rakyat adalah harga barang yang masih lagi tinggi dan tidak pula turun sama seperti harga petrol.seharusnya kerajaan dapat memantau peniaga2 yang cuba mengaut keuntungan yang lebih dikala ekonomi sekarang tidak menentu.Alhamdulillah negara ini masih lagi dalam persekitaran ekonomi yang baik berbanding negara2 lain yang menghadapi suasana yang tidak begitu baik dan terurus.Bank2 di Malaysia masih mampu lagi memberi pinjaman kewangan kepada mereka2 yang layak tetapi tidak dinegara lain.Contohnya di Britain,Pihak bank tidak lagi memberi pinjaman kepada peminjam kerana ekonomi yang tidak begitu baik disana dan mereka yang memerlukan wang terpaksa menggadaikan harta yang berharga dan mencagarkan di kedai2 pajak bagi meneruskan kelangsungan hidup.sepatutnya kita di Malaysia haruslah mempunyai sifat bersyukur kerana keadaan disini tidak lagi memaksa kita berbuat demikian.Kita dianugerahkan negara yang aman damai..tidak perlulah kita mengadakan perhimpunan atau demostrasi jalanan bagi meraih simpati.Ambil iktibar apa yang terjadi di negara gajah putih..keadaan politik yang sungguh tidak stabil hanya akan menjerumuskan kita ke kancah lebih dahysat dari kebuluran….renung2 kan lah…Kalau sayangi negara anda..jangan anda melakukan pekara yang bodoh dan tidak sepatutnya…