Sesat
Semalam ,saya telah melayari halaman youtube,kebiasaannya saya akan mencari video ceramah untuk ditatapi tetapi semalam kebetulan dalam ruangan itu terdapat satu perdebatan isu yang disiarkan didalam stesen televisyen di Indonesia.Ia berkaitan dengan penularan ajaran sesat golongan Ahamdiyah di dalam kelompok masyarakat republik tersebut.Saya amat tertarik sekali dengan perdebatan itu kerana di Pihak Islam Sunnah itu sedaya upaya mempertahankan ajaran Rasul yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang telah dinodai oleh penganut ajaran Ahmadiyah yang bertaklik kepada Mirza Ghulam Ahmad.Kalau di Malaysia,Majlis Fatwa Kebangsaan telah mewartakan bahawa golongan Ahmadiyah atau disini lebih dikenali sebagai Qadiani sebagai ajaran sesat yang telah banyak merosakkan akidah umat islam seantero dunia.Begitu bahaya sekali ajaran sesat yang bertopengkan agama Islam.Islam sebenarnya menghadapi musuh yang paling bahaya yakni dari segelintir umatnya telah menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.Kalau diteliti ajaran Ahamadiyah ini sebenarnya memang terlalu banyak penyimpangannya terhadap ajaran Islam yang sebenar.Malah di Malaysia ,sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran Ahamdiyah@Qadiani ini tidak layak untuk dikuburkan didalam pekuburan orang- orang Islam.Di Malaysia berbagai2 ajaran sesar kita dengar selain Ahmadiyah iaitu Bahai,Al-Arqam,Al Maunah,Ajaran Hassan Anak Rimau dll.sebenarnya golongan inilah yang mahu merosakkan Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah .Saya teringat hadis Nabi S.A.W bersabda bahawa Umat Islam akan terpecah kepada 73 Golongan dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga,ditanya para sahabat ” Siapakah Golongan itu “?Nabi bersabda ” Golongan yang mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah “.Jadi bagi kita di Malaysia ini seharusnya umat Islam berhati -hati dalam setiap apa yang dinyatakan oleh orang lain kerana soal akidah ini bersangkutan dengan ketuhanan Allah s.w.t.Maka marilah bersama-sama kita berdoa agar dilindungi dan diberi petunjuk supaya tidak menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.Ajaran sesat yang bertopengkan Islam ini sebenarnya menganggu gugat keharmonian dan kerukunan yang ada didalam Islam.Mereka mahukan pengaruh tetapi menggunakan agama sebagai alatnya.
p/s: url mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa terhadap ajaran Ahamdiyah ini.
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/qardiani.html