4 Bulan
Sudah hampir 4 bulan saya tidak menekan papan ‘ keyboard’ untuk menulis blog peribadi saya ini.Ini kerana saya sedang sibuk dalam urusan pengajian saya diperingkat ijazah.saya cuba untuk menulis mengenai topik2 yang difikirkan boleh dikongsi bersama.Dalam hal yang sama,saya juga sudah menuju hampir penghujung pengajian saya di semester 1.Banyak saya pelajari mengenai kursus yang saya ambil.Pelbagai pelajaran yang saya peroleh dari pensyarah2 saya yang dedikasi.Saya ingin mencelah sedikit dengan topik lain.Ini berkaitan peralihan kuasa diantara DSAAB dan DSMNTAB yang dijangka pada 2 April ini.Apa yang saya boleh perkatakan adalah diharap selepas peralihan kuasa ini selesai,moga2 kita semua dapat melupakan sedikit persengketaan diantara kita dan menumpukan dalam memulihkan ekonomi kita yang sekarang berhadapan dengan krisis global.Saban hari,kita mendengar pihak syarikat ingin memberhentikan pekerja dan menghadkan operasi mereka.Jadi,diharapkan kita sama2 dapat memikirkan bagaimana kita dapat menolong pekerja2 yang mengalami situasi ini.Ini pengalaman amat sukar bagi mereka dalam menghadapi dunia global tanpa sempadan dengan taraf kehidupan yang begitu mendesak terutama dibandar2 besar.Kita perlukan ade mekanisme tambahan dalam memberi bantuan kepada mereka yang diberhentikan kerja.Kerana itulah pendapatan mereka untuk mereka meneruskan kelangsungan untuk hidup di muka bumi…sama2 kita renungankan…=)